Setiap yang berlaku merupakan perancangan daripada ALLAH s.w.t.. Kita sebagai hamba-Nya patut bersyukur kerana tidak semua yang kita inginkan itu baik untuk diri dan tidak semua yang kita tidak suka itu buruk untuk diri.. ~peringatan bersama~ [http://maisuithome.blogspot.com]

Salam ukhuwah daripada Miss Noor Fizati kepada yang singgah di My Sweet Home...

Tuesday 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H

Assalamualaikum..

Rasa mcm dah lama pulak fiza xupdate entry kt blog ni kn.. hehe.. bukan sengaja tp past few week adalah exam week and nk kena submit assignment.. So now dah cuti so ada la masa ckit nk conteng2 kt cni via jari-jemari yg dah 'kasar' ni sb bnyak main sabun.. almaklum la kt kolej ni suma keja kena buat by hand kn, so phm2 je la...
Hari ni merupakan 1 Muharram 1435H. So smalam ada la pg dgr forum tajuk "Hakikat sebuah Penghijrahan". Panel dy pon best, ade ustaz fakhrol, ustaz abd Rahman yg selalu jd panel kt IKIM fm tu.. mesti suma dah niat n azam tahun baru kn.. hope niat n azam tahun ni akan tertunai.. 
Ustaz Fakhrol ada ckp, org2 alim ulamak ni mereka lebih suka memilih untuk menjadi debu dan ranting sebab debu dan ranting ni xkan dihisab di akhirat kelak tp haiwan dan manusia akan di hisab.. 
So sempena tahun baru hijrah ni, ayuh kita buat tranformasi dalam diri masing2 tp bukan transformasi yg dlm cter transformer tu ok.. 
Tp transformasi untuk mendekatkan diri kita kpd agama Allah yakni Islam.. Xperlu untuk terburu2 tp biarlah perlahan2 dan istiqomah.. Jom kita hayati sajak yg xseberapa ni sebagai renungan bersama.. 

Hijrah

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Telah lahir seorang insan yang mulia
Seorang insan yang menjadi petunjuk kebenaran
Kepada hamba Allah seluruh alam
Dialah Muhammad s.a.w
Kekasih Allah yang abadi.

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Hijrah seorang insan yang suci lagi mulia
Telah berjaya meloloskan diri dari kejahilan
Telah berjaya menundukkan pahlawan-pahlawan kafir Quraishy
Telah berjaya membawa sinar cahaya wahyu Allah
Di bumi gersang yang kontang dan panas
Kota yang bergelar Madinah al-Munawwarah

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Dari hijrah seorang insan Agung
Dari hijrah rasul pembawa rahmat
Kepada seluruh isi alam manusia
Kasih sayang yang tiada bandingan
Dari seorang rasul mulia kepada umatnya
Membawa cahaya kebenaran
Untuk membebaskan jiwa-jiwa yang terbelenggu
Oleh rantaian-rantaian nafsu dan syaitan
Oleh hati-hati yang hitam dari hidayah-Nya
Yang mencengkam kuat kepada ajaran jahiliah
Yang berpegang kuat kepada tuhan-tuhan palsu yakni berhala
Dialah rasulullah kekasih Allah yang satu

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Dari hijrah seorang insan mulia
Menyebarkan agama Allah di muka bumi
Membantu selamatkan kalbu dari jurang kejahilan
Membantu membersihkan titik dosa dan noda
Supaya kembali kepada sang Pencipta
Kepada Allah tuhan yang esa
Membawa satu kalimah agung suci iaitu
Kalimah "Lailaha'illallah muhammadurrasulullah"

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Dari hijrah seorang hamba kepada tuhannya
Bersama kasih sayang kepada umatnya
Adakah kita sudah mengikut langkah baginda rasullullah s.a.w?
Adakah kita sudah melakukan hijrah?
Adakah kita sudah bersih dari noda dan dosa?
Adakah kita sudah bersedia bertemu sang Pencipta?

Ayuhlah kita berhijrah
Membebaskan diri dengan bertaubat
Dari selaut dosa dan segunung maksiat
Yang kita bina tanpa sedar selama ini
Sedarlah wahai teman....
Sedarlah semua....
Kembalilah kepada Sang Pencipta.....
Kembalilah kepada Tuhan dan Rasul.....
Nescaya hidup akan disinari nur dari-Nya....

Nukilan 
Noor Fizati Khazali

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved maisuithome.blogspot.com