Setiap yang berlaku merupakan perancangan daripada ALLAH s.w.t.. Kita sebagai hamba-Nya patut bersyukur kerana tidak semua yang kita inginkan itu baik untuk diri dan tidak semua yang kita tidak suka itu buruk untuk diri.. ~peringatan bersama~ [http://maisuithome.blogspot.com]

Salam ukhuwah daripada Miss Noor Fizati kepada yang singgah di My Sweet Home...

Tuesday 12 November 2013

Bersederhana Dalam Hidup

Assalamualaikum w.b.t

Jawab tw salam fiza bg tu.. hihihi.. 
Menjawab salam kn wajib.. 
Mesti setiap org nk bhagia dalam hidup kn?? Tp kita sedar x jalan yg kita pilih tu membawa kebahagiaan ke x dalam hidup kita? ke just follow the flow? 
X boleh mcm tu.. Dalam hidup ni kita mesti ada tujuan walaupon the simple one. Contohnya "Aku mesti dapat A exam subjek Sejarah nt" ha tu pon tujuan jugak sbgai motivasi untuk mencpai sesuatu.. Berjaya atau tidak tu kena la serah kt Allah yg penting kita dah usaha.. 
Dalam menghadapi hidup ni, kita mesti ikut aturan. Contohnya sentiasa senyum( senyum kn sedekah :D), jgn sombong, riak, takabur dan humble.. 
Sifat2 org yg takabur dan riak ni, dy jenis xboleh terima teguran org lain, susah nk akui kebenaran, dan dia je yg sentiasa betul.. 
So, jom kita 'check' balik diri dan hati kita, adakah kita tergolong dalam kalangan org yg riak, takabur, sombong tu sume? Nauzubillah semoga kita dijauhkan drpd sifat2 mcm tu.. 
Aaminn.. 
Lpas ni kalau ada org tegur kita jgn cepat melatah, cuba fahami dan teliti apa yg kurang dalam dr ni. org tegur kita sb dy syg kt kita, dy nk tlg kita ke arah kebahagiaan. 
Contohnya ibu bapa melarang anak gadis keluar malam sb nk jaga dorg drpd sesuatu yg buruk. Jadi bila xberlaku yg xelok, anak gadis tu terpelihara drpd fitnah dunia. Bila terpelihara drpd fitnah dunia, maka bahagialah anak gadis itu buat satu masa dalam hidup dia sebelum beranjak ke satu masa yg lain dlm hidup.. Kn indah hidup kalau berlandaskan aturan dan syariat yg ditetapkan.. 
Ok tu je kot entry untuk mlm ni.. hehe.. 


p/s : selalu cermin diri sebelum nk 'cerminkan'org lain.. Sama2 lah kita menuju ke arah kehidupan yg lebih bahagia..  LOVE.

Wednesday 6 November 2013

Citrawarna Konvokesyen ke-17

Assalamualaikum semua..
Wajib jwab tw salam yg kt atas tu.. :D
Ok la hari ni fiza nk gtw yg Kolej Sakura ada menghantar wakil untuk pertandingan citrawarna sempena majlis konvokesyen UNIMAS yg ke-17.. Cantik tarian dorg tema fairy tale gtu.. tp yg peliknye menang kt org lain tp mostly penonton ckap Kolej Sakura is da best!! 
Tp apakan daya, kita bukanlah juri hanya menjadi penonton. mungkin ada kekurangan di mata juri but u r da best kt mata kitorg.. Tetiba syg sakura plak kn.. hihihi..

Keputusan Citrawarna 2013 

Johan : Kolej Bunga Raya 
N.Johan : Kolej Cempaka 
Ketiga : Kolej Allamanda 

Susunan Muzik Terbaik : Kolej Bunga Raya
Busana Terbaik : Kolej Cempaka 

Good job girls!! kesian kena menari dalam hujan renyai2.. :P
happy confest day tiqah,siti,ellya, n fiza..
p/s : Never look back and always looking forward.. LOVE..



Tuesday 5 November 2013

Happy Birthday Dear..

Assalamualaikum semua..
Harap sihat2 la ea..
Walaupon agak lmbat, tp fiza nk wish Happy Birthday kepada Siti Rahimah Rahim yg ke-21.. *dah tua ea jgn nk ngade2 lg k.. hihihi DOB : 03-11-1992
Semoga siti menjadi anak yg solehah, cemerlang dunia akhirat dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh-NYA.. 
Ktorg kuar g Kuching central nk celebrate last2 xjdi celebrate kt umah jek.. dah la mlas nk taip pnjg2, tgk gmbar lg cpat phm kn.. hehehe

Happy belated bday dear siti.. 

Selamat hari lahir.. 2X
Selamat hari lahir siti..
Selamat hari lahir.. 

Alolo cian nya bday girl kena baling telur n tepung.. :P

Bukan setakat bday girl, skali dgn housemate dy baling tepung..
From left : ellya,tiqah,siti,fiza

Muka sedih la tu ea.. pdahal dalam hati ada taman.. hahaha
love them so much..
p/s : Always think positive, so we will live positively.. LOVE

Salam Maal Hijrah 1435 H

Assalamualaikum..

Rasa mcm dah lama pulak fiza xupdate entry kt blog ni kn.. hehe.. bukan sengaja tp past few week adalah exam week and nk kena submit assignment.. So now dah cuti so ada la masa ckit nk conteng2 kt cni via jari-jemari yg dah 'kasar' ni sb bnyak main sabun.. almaklum la kt kolej ni suma keja kena buat by hand kn, so phm2 je la...
Hari ni merupakan 1 Muharram 1435H. So smalam ada la pg dgr forum tajuk "Hakikat sebuah Penghijrahan". Panel dy pon best, ade ustaz fakhrol, ustaz abd Rahman yg selalu jd panel kt IKIM fm tu.. mesti suma dah niat n azam tahun baru kn.. hope niat n azam tahun ni akan tertunai.. 
Ustaz Fakhrol ada ckp, org2 alim ulamak ni mereka lebih suka memilih untuk menjadi debu dan ranting sebab debu dan ranting ni xkan dihisab di akhirat kelak tp haiwan dan manusia akan di hisab.. 
So sempena tahun baru hijrah ni, ayuh kita buat tranformasi dalam diri masing2 tp bukan transformasi yg dlm cter transformer tu ok.. 
Tp transformasi untuk mendekatkan diri kita kpd agama Allah yakni Islam.. Xperlu untuk terburu2 tp biarlah perlahan2 dan istiqomah.. Jom kita hayati sajak yg xseberapa ni sebagai renungan bersama.. 

Hijrah

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Telah lahir seorang insan yang mulia
Seorang insan yang menjadi petunjuk kebenaran
Kepada hamba Allah seluruh alam
Dialah Muhammad s.a.w
Kekasih Allah yang abadi.

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Hijrah seorang insan yang suci lagi mulia
Telah berjaya meloloskan diri dari kejahilan
Telah berjaya menundukkan pahlawan-pahlawan kafir Quraishy
Telah berjaya membawa sinar cahaya wahyu Allah
Di bumi gersang yang kontang dan panas
Kota yang bergelar Madinah al-Munawwarah

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Dari hijrah seorang insan Agung
Dari hijrah rasul pembawa rahmat
Kepada seluruh isi alam manusia
Kasih sayang yang tiada bandingan
Dari seorang rasul mulia kepada umatnya
Membawa cahaya kebenaran
Untuk membebaskan jiwa-jiwa yang terbelenggu
Oleh rantaian-rantaian nafsu dan syaitan
Oleh hati-hati yang hitam dari hidayah-Nya
Yang mencengkam kuat kepada ajaran jahiliah
Yang berpegang kuat kepada tuhan-tuhan palsu yakni berhala
Dialah rasulullah kekasih Allah yang satu

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Dari hijrah seorang insan mulia
Menyebarkan agama Allah di muka bumi
Membantu selamatkan kalbu dari jurang kejahilan
Membantu membersihkan titik dosa dan noda
Supaya kembali kepada sang Pencipta
Kepada Allah tuhan yang esa
Membawa satu kalimah agung suci iaitu
Kalimah "Lailaha'illallah muhammadurrasulullah"

Seribu empat ratus tahun yang lampau
Dari hijrah seorang hamba kepada tuhannya
Bersama kasih sayang kepada umatnya
Adakah kita sudah mengikut langkah baginda rasullullah s.a.w?
Adakah kita sudah melakukan hijrah?
Adakah kita sudah bersih dari noda dan dosa?
Adakah kita sudah bersedia bertemu sang Pencipta?

Ayuhlah kita berhijrah
Membebaskan diri dengan bertaubat
Dari selaut dosa dan segunung maksiat
Yang kita bina tanpa sedar selama ini
Sedarlah wahai teman....
Sedarlah semua....
Kembalilah kepada Sang Pencipta.....
Kembalilah kepada Tuhan dan Rasul.....
Nescaya hidup akan disinari nur dari-Nya....

Nukilan 
Noor Fizati Khazali
Copyright© All Rights Reserved maisuithome.blogspot.com