Setiap yang berlaku merupakan perancangan daripada ALLAH s.w.t.. Kita sebagai hamba-Nya patut bersyukur kerana tidak semua yang kita inginkan itu baik untuk diri dan tidak semua yang kita tidak suka itu buruk untuk diri.. ~peringatan bersama~ [http://maisuithome.blogspot.com]

Salam ukhuwah daripada Miss Noor Fizati kepada yang singgah di My Sweet Home...

Tuesday 12 March 2013

Career in Computer Science

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


Sebelum fiza nk tulis entry ni, fiza hrap kwan2 semua sihat hendaknya n hepi2 selalu.. xmau sedih2 ok.. Zaman skrg dah ramai graduan yg bijak2 belaka tp persoalannya kenapa ramai jugak yg masih belom bkerja???
Peluang pekerjaan tu bnyak sebenarnya cuma kita ja yg nk atau x.. yla, ada yg berpendapat dah bljaq tinggi2 tp nk keja besa2 ja.. xcool la dgn ijazah yg dpt tu.. Ok kwan2 semua fiza harap kita semua dpt buang perasaan cmtu k.. xkisah pon keja apa gaji kecik ka gaji besaq ka yg penting kita cari pglaman dulu, then bila dah yakin baru apply utk kerja yg kita nk.. *untuk yg lmbat posting je la,xbermaksud result xbgus or ape just rezeki tu ALLAH bg lmbat ckit.. DIA nk kita berusaha lebih ckit, so apa yg kita dpt pon lbih la.. InsyaALLAH.

Ok la, utk pekerjaan dlm bidang lain fiza xtw, yg fiza boleh kongsikan sbgai pendapat hanyalah dlm bdg sains komputer.. *pdahal fiza sndri pon blom abeh blajaq.. hihihhi B).. Kt bwah ni fiza listkan beberapa pekerjaan yg relate dgn bdg sains komputer tw.. 

1.  Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dri bbrapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.com) Software Developer, Java Developer, Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer(Electronic) dll. Bakal pemohon jawatan tersebut mesti ada kemahiran satu atau dua bhsa aturcara. Pemikiran logik dan algoritma mesti tinggi termasuklah softskill yg mantap utk berjaya temuduga especially dgn compony swasta.. 

2. IT Eksekutif
Jawatan ini sesuai utk graduan yg mahir dlm merekabentuk dan menganalisis sesebuah pmbangunan sistem. kmahiran berkomunikasi dan membuat kputusan amat penting kpd seseorg bakal IT Eksekutif. Penampilan yg menarik serta mahir bhasa asing adalah bonus dan mempunyai peluang cerah dlm kerjaya tersebut.. InsyaALLAH..

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan digalakkan memohon jawatan ini especially for network student. Sijil kemahiran dri bdn profesional seperti CCNA cetificate, Linux Red Hat certificate dll amat diperlukan bg mendapat tempat di company multinasional(Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Contoh kerja jurutera rangkaian adalah memasang kabel atau router dll pada sesebuah kwsan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat. 

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi.
Graduan lulusan grafik dan multimedia perlu mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dlm mereka bentuk grafik atau animasi. Selain itu, mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS Suite, Flash, MAYA dll) dan mempunyai imaginasi tinggi melayakkan anda mendapat jwatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat
Jawatan ini merupakan jawatan yg popular bg graduan lepasan sains komputer dan IT. Pemohon perlu memohon jwatan tersebut melalui laman sesawang SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dgn efisyen. Mengetahui asas2 pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat. 

Kalu nk tw lebih lanjut boleh ke laman in ok.. Kerjaya Pilihan Lepasan Sains Komputer

Ok lah, fiza rasa tu ja kot perkongsian utk entry kali ni.. Hope kalau ada kwan2 yg lebih mengetahui daripada fiza sila2 lah tinggalkan komen kmu di bawah ea... Kita hanyalah manusia biasa, kita hanya mampu merancang tp ALLAH lah yg menentukan segalanya.. InsyaALLAH.. (~_^)

Sekian wassalam.. 

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved maisuithome.blogspot.com